Friday, March 26, 2010

Apa itu teknologi

“PENDIDIKAN bertaraf dunia” sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu. Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu implikasi dan impak yang serius terhadap profesion perguruan yang secara langsung terlibat di dalam sistem penyampaian ilmu.

Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia yang berbudaya fikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta menjanakan idea ke arah pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara.

Tahun 2000 bukan sahaja berkehendakkan manusia mengamalkan budaya fikir tetapi bersama-sama menggabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang bentuk tindakan. Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dengan adanya penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yang lebih menyeronokkan.

Dalam hal ini profesion perguruan di alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Kebestarian sesuatu pengajaran itu bergantung kepada sejauhmanakah seseorang guru dapat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan seorang pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan pada Tuhan sepertimana yang terdapat dalam falsafah pendidikan negara.



Anjakan Paradigam

Sehubungan dengan hasrat ini konsep sekolah bestari telah diperkenalkan dan guru-guru pula haruslah memberi satu respons yang positif ke arah mengimplementasikannya. Dalam situasi ini guru-guru harus membuat sedikit anjakan paradigma terhadap pemikiran serta tanggapan yang akan melibatkan penyusunan strategi pengajaran begitu juga dalam amalan di bilik darjah:



“Kita perlu berkisar dan berganjak daripada norma dan kebiasaan dalam melaksanakan

tugas-tugas kita yang lazim, rutin dan “reasonable” kepada yang lain:

yang inovatif dan imaginatif; yang bersifat non-linear,

dan lateral yang menggunakan budaya “reflective rationality”

dan yang “unreasonable”

6 comments:

  1. Anjakan paradigma - Mari kita bersama-sama menuju ke arah pendidikan penkualiti dan sekolah berprestasi tinggi.

    ReplyDelete
  2. Tahniah, anda sudah berjaya menggunakan teknologi yang ada. Oleh itu kemahiran menggunakan blog ini bolehlah kita sama2 dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman. terima kasih

    ReplyDelete
  3. ICT berubah-ubah, kita perlu sentiasa peka pada perubahannya. Oleh itu, kita mesti buka laptop tiap-tiap hari...

    ReplyDelete
  4. Penggunaan ICT dalam pendidikan merupakan salah satu langkah ke arah pendidikan bertaraf dunia. Anjakan paradigma pula sebagai catalyst mempercepatkan hasrat mencapai pendidikan bertaraf dunia.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih di atas maklumat yang diberikan. Semuga berjaya selalu dalam apa jua lapangan.

    ReplyDelete
  6. Tahniah sidah, kita sudah hampir ke penamat garisan menuju ke puncak anjakan paradigma dalam menimba ilmu ICT yang bertaraf dunia..oleh itu kita harus bersyukur dan berterima kasih kepada program PPGB ini kerana memanusiakan kita mengendalikan laman blog ini..

    ReplyDelete